Idea penubuhan Malaysia
bukanlah semata-mata untuk membentuk sebuah negara yang lebih besar. Tungku
Abdul Rahman mengambil kira banyak faktor dalam pemilihan wilayah-wilayah yang terbabit.
Antara faktor – faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis,
memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan
ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan
kaum bumiputera.Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan
komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun
1950–an. Ejen – ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan
sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah
syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat ( People’s Action
Party – PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang
mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena
ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong
Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United People’s
Party – UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson
kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir
golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut
berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah
pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan
Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan.
Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan
dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan
seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.
Memberi kemerdakaan kepada
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Melalui penubuhan Persekutuan
Malaysia, negeri – negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura akan
mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini
memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan
British sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak
diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei
diletakkan sebagai negeri naungan.
Pada tahun 1951, Liga Belia
Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi
dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhab komunis sulit
iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja,
pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menengtang British. Parti
Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan
British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP
tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang
diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
Tunku Abdul Rahman percaya
dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan
menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum buniputera
boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan
sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, Penubuhan Malaysia
juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan
Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa
kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan
masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk
Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi
kadar kaum – kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah bumiputera.
Perkongsian Faedah Ekonomi
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara
anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah
bersama. Secara tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber
ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber
ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia
ialah ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah
dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan
Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri
yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek
pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah
seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan Singapura pula akan
lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia.
Membela masyarakat Bumiputera
di sabah dan sarawak
Sabah
dan sarawak mengalami sejarah yang sama dengan Tanah melayu. Namun nasib
penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di semenanjung Tanah
Melayu. Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah jauh ketinggalan
berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di Semenanjung Malaysia. Semasa
pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di wilayah itu telah dimonopoli
oleh golongan pendatang. Bagi golongan bumiputera pula, mereka merupakan
golongan yang terbiar di tanah air mereka sendiri. Sistem perhubungan di
kedua-dua wilayah ini juga masih daif dengan infrastruktur yang masih
bergantung kepada sungai dan perjalanan udara serta sukar untuk mewujudkan
perhubungan darat secara besar-besaran. Jika kedua-dua wilayah tersebut
digabungkan dalam Persekutuan Malaysia, layanan istimewa akan diberikan kepada
penduduk Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia. Malahan pembangunan wilayah tersebut akan lebih terjamin atas galakan
dari wilayah-wilayah anggota lain.
Perubahan dari segi sosial
Pembentukkan Persekutuan yang
terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga dalah
untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul
Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah
Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu
dan Singapura sahaja. Jika
Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti
penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan
apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu
akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan
Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%,
sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk
Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang
Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan
kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina
menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan
orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
Ancaman komunis
Pengaruh
komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP)
menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin
Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim
dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura.
Perkembangan
pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku
Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura
merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan
seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura
bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku
Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober
1961. Tunku menyatakan:
“While Singapore is under the British, we feel
that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger
the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore,
anything could happen…”