Tuesday

HASIL DARIPADA PEMBENTUKAN MALAYSIA


Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei  dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk negara  Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia akan dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang ingin menakluki Brunei , Sabah , Sarawak dan Singapura .

Proses Pembentukan Malaysia.


Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatan dan perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses – proses  pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ),Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.


Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )
        JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun    ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali       ( Brunei )

 Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :
  • Memberitahu kepada orang ramai mengenai konsep Malaysia ( Sabah, dan Sarawak ).
  • Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.                             
  • Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
      JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 kali mesyuarat di Jesselton, Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).

Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun  satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil –wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. 

Antara isi kandungan memorandum ini ialah:-
  • Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
  • Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
  • Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
  • Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
  • Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
  • Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
  • Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
  • Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.


Suruhanjaya Cobbold
                    Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962.Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli – ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 – 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:
  • Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.
  • Membuat syor – syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak :
  • 1/3 menyokong kuat Malaysia
  • 1/3 menyokong dengan syarat
  • 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan PerlembagaanMalaysia seperti dibawah:
  • Nama persekutuan baru – Malaysia
  • Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia
  • Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin
  • Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri
  • Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin
  • Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputra, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing – masing. 
  • Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing – masing membuat keputusan.

Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada 1 Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.


Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien  sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.
Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawaktidak mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah :
  • Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah
  • Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
  • Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah.
  •  Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
  • Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di samping bilangan penduduk.

JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua – dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin. 

  • Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.
  • Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.
  • Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.
  • Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :
  • Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.
  • Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigresannya sendiri.
  • Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan.
  • Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24 kerusi kepada Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.

Referendum Singapura
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong cadangan Malaysia, Cuma pandagan dan pendiraian mereka juda diambul kira.dalam pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :

Antara 3 pilihan ;-
  • Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi )
  • Pilihan B – rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri – negeri Melayu  lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi ).
  • Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah – wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).


Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.

Wednesday

ISU BRUNEI DAN SINGAPURA


Malaysia akhirnya ditubuhkan pada 16 September 1963.Namun sebelum itu ,Brunei yang sebelum Ini termasuk dalam wilayah cadangan pembentukan Malaysia telah menarik diri. Singapura pula bersama Malaysia semasa ia ditubuhkan. Walaupunbagaimanapun,Singapura telah keluar dari Negara ini selepas dua tahun sebahagian Persekutuan Malaysia.


BRUNEI
                Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan rancangan kemasukan Brunei dalam persekutuan Malaysia  kerana beberapa permintaan beliau tidak dipersetujui dan tidak dipatuhi oleh pemerintah tanah melayu.

 Antara tuntutan Brunei seperti berikut :-
  •  Menuntut 10 kerusi dalam parlimen
  • Menguasai semua hasil minyak
  • Memegang autonomi hal-hal keuwangan pada peringkat awal
  •  Mengekalkan semuapelaburannya
  • Mengekalkan kadar percukaian yang rendah
  • Meneruskan program pendidikan dan kebajikan
  • Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin
  • Meminta agar kekuasaan Sultan Brunei dalam Majlis Raja-Raja dikira daripada tarikh baginda menjadi Sultan dan bukannya tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia

Tuntutan paling utama ialah soal kekuasaan baginda dan soal penguasaan ke atas hasil minyak negerinya. Walaupun permintaan telah dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman tapi Sultan tetap mengambil keputusan untuk tidak menandatangani perjanjian Malaysia. Hal ini kerana soal kekuasaan baginda tidak dipertimbangkan secukupnya.
      Seterusnya,selain baginda A.M. Azahari yang memimpin rakyat Brunei telah menghantar satu memorandum kepada Majlis Mensyuarat Undangan negeri Brunei bagi mmenyatakan bantahan Parti Rakyat Brunei tetapi kerajaan British menangguhkan perbincangan memorandum. Hal ini membangkitkan kemarahan Parti Rakyat Brunei. Kemuncak kepada penentangan ini, Paarti Rakya Brunei te;ah mencetuskan pemberontakan bersenjata kepada 8 Disember 1962 terhadap kerajaan Brunei sendiri supaya menolak penyertaan mereka. Dalam hal itu Indonesia secara terang-terangan menyokong tindakan Parti Raykat Brunei dan parti ini juga mendapat bantuan darpada Parti Komunis Indonesia(PKNI)
          Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan kerajaan British dan persekutuan Tanah Melayu. Namun, fenomina ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman berpendapat kemasukan Brunei boleh menimbulkan masalah politik. Justeru,pemyertaan Brunei ke dalam Malaysia dibatalkan.


SINGAPURA
Sebelum pembentukan Malaysia lagi Lee Kuan Yew telah menegaskan walaupun singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat singapura sendiri. Hal ini ditegaskan kerana Lee Kuan Yew ingin memastikan rakatnya tetap mendapat keselesaan selepas penggabungan.
            Pada 23 Ogos 1961 , mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dengan Persekutuaan Tanah Melayu dan mencapai persetujuaan atas beberapa perkara. Antara perkara tersebut ialah menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan menjadi tanggungjawab persekutuan. Walau bagaimanapun, soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Singapura. Perkara ini juga menjadi bidang kuasa Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri Melayu. Semua perkara tersebut termaktub di dalam kertas putih dan diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961. Selain itu, jumlah perwakilan Singapura yang akan masuk ke dalam Dewan Rakyat telah ditetapkan, iaitu seramai 15 orang.
            Setelah 2 tahun Sinapura berada di dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dan Singapura menjadi mula menjadi tegang. Hal ini kerana banyak perselisihan faham telah timbul antara kerajaan Singapura dengan Kerajaan Persekutuan tanah Melayu. Antara isu yang menjadi perbahasan hangat ialah soal ekonomi, parti dan perkauman. Bagi aspek ekonomi , Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah sepakat untuk memajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama.
Dalam hal ini, barang-barang yang dihasilkan digunakan dalam negeri dan bukan untuk dieksport ke luar negara. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama. Namun apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai. Keadaan ini mengecewakan Singapura.

 Dalam soal parti dan perkauman, Parti Tindakan Rakyat yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew cuba bertanding dengan PERIKATAN di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. PAP cuba untuk menarik perhatian bahawa MCA tidak mampu untuk membangan dan memajukan orang cina. Kempen ini telah dijalankan oleh PAP sehingga pergerakkan PAP dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak istimewa orang Melayu. Dalam hal ini, PAP seakan-akan melupakan pengorbanan orang Melayu yang selama ini sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu. Keadaan ini juga telah mencetuskan rusuhan pada 21 Julai 1964. Keadaan ini lebiihh teruk apabila Singapura memperjuangkan pesamaan hak dan kempen ’Malaysia untuk orang Malaysia’ yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Untuk merealisasikan cita-cita ini, Singapura telah  membentuk ’United Opposiyion Front’ yang kuat memperjuangkan konsep persamaan hak dan ’Malaysia untuk orang Malaysia’. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuuk meredakan keadaan, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, pada bulan Ogos 1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada Malaysia.


Tuesday

Reaksi Negara-negara ASEAN


Reaksi indonesia
Pada peringkat awal, pemerintah Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia. Menteri luar Indonesia , Dr subandrio pernah menyata secara terbuka dalam akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961 bahawa Indonesia tidak menghalang penubuhan ini . Pada akhir tahun 1962 barulaha muncul bantahan terhadap pembentukan Malaysia kerana terdapat beberapa faktor . antara faktor Sukarno berasa Tunku Abdul Rahman membelakangi jiranya yang terbesar apabila membuat pengumuman tanpa berunding denganya terlebih dahulu . Selain itu, penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan racangan sukarno untuk menubuhkan empayar Indonesia Raya (melayu raya). Konfrontasi memuncak sehingga mengakibatkan penglibatan tentera . tentera Indonesia bertindak menyerang sempadan seperti sabah, Sarawak dan pantai barat johor . beberapa langkah telah diambil oleh Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British anataranya menubuhkan MAPHILINDO .  Hubungan tegang antara Malaysia dan Indonesia berpanjangan sehinggalah Jeneral Suharto menjatuhkan regim Sukarno pada Sept 1965 dan menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik untuk memulihkan hubungan dengan Malaysia.Akhirnya Thai menjadi orang tengah dan rundingan diadakan pada tahun 1966 yang diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Adam Malik.


Reaksi Filipina

Presiden Diosdado Macapagal menuntut ketuanan Filipina ke atas Sabah yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu pada bulan Jun 1962. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Sulu Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck yang kemudiannya menjual kepada Alfred Dent. Syarikat Alfred kemudiannya mendapat Piagam DiRaja British. Pada tahun 1881 bertukar nama kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU-SBUB) .Pada tahun 1946 SBBU menyerahkan Sabah kepada kerajaan British dan ditamatkan oleh waris Sultan Sulu iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.president macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan Malaysia semasa kongres Filipina pada 28 januari 1963.peristiwa ini menyebabkan hubungan diplomatic antara persekutuan tanah melayu dengan Filipina terjejas.walaupun Filipina meneruskan tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia , tuntutan ini gagal kerana tinjauan dan siasatan membuktikan penduduk sabah sendiri dengan rela hati menyertai pembentukan Malaysia .

Sunday

Reaksi Sarawak , Sabah , Brunei dan Singapura


Rakyat Sarawak
Sebelum  Tunku  Abdul  Rahman mengumumkan  persetujuan  penubuhan  Malaysia,  di Sarawak  hanya  terdapat  dua  buah  pertubuhan  politik  iaitu  Parti  Bersatu  Rakyat Sarawak  (SUPP)  pimpinan  Ong  Kee  Hui  yang  majoritinya  penduduk  Cina  dan  Parti Negara  Sarawak  (PANAS)  dipimpin  oleh  Dato  Bandar  Abang  Haji  Mustapha  yang ahlinya  terdiri  daripada  orang  Melayu . Kemudian  orang  Iban  pula  menubuhkan  Parti Kebangsaan  Sarawak  (SNAP)  di  bawah  pimpinan  Stephen  Kalong  Ningkan.  Setelah pengumuman  dibuat  parti-parti  politik  di  Sarawak  mula  berkembang  dengan  hebatnya seperti  Barisan  Rakyat  Jati   Sarawak  (BERJASA)  dipimpin  oleh  Abdul  Rahman  Yaakub dan  Abdul Talib Mahmud,Pada asalnya cadangan penubuhan Malaysia ini kurang mendapat sokong parti di Sarawak, terutama SUPP yang bimbang dengan bentuk penjajahan baru ke atas Sarawak dan SNAP yang bimbang orang bukan Melayu dan peribumi hilang identitinya. Ada juga parti yang mahu supaya Sarawak merdeka terlebih dahulu sebelum menyertai gagasan tersebut dan takut ekonomi Sarawak dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Namun selepas lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 ke Sarawak, pada bulan Oktober 1962 kesemua parti politik ini kecuali SUPP telah bersetuju untuk bergabung bentuk Parti Perikatan Sarawak dan menyokong usaha tersebut atas alasan untuk mempercepat kemerdekaan Sarawak, meningkatkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian, mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di Sarawak. Dengan sokongan yang diberikan akhirnya Sarawak telah bersetuju untuk bersama-sama dalam proses pembentukan Malaysia.


 Rakyat Sabah
Bagi Sabah pula, sebelum pengumuman Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia belum wujud lagi parti-parti politik. Parti-parti mula ditubuhkan apabila usul cadangan penggabungan dilakukan untuk mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan tentangan cadangan pembentukan Malaysia seperti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO Jun 1961) dipimpin oleh Donald Stephens, Pertubuhan kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO Disember 1961) dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun, Parti Pasok Momugun ( Jun1966 ) dipimpin oleh G.S. Sundang dan Parti Demokratik dipimpin oleh Peter Chin. Sama seperti Sarawak, parti-parti di Sabah ini juga menentang dengan alasan yang sama iaitu UNKO bimbang orang bukan Melayu dan kaum peribumi Sabah kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu, politik dan ekonomi Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat, mahukan kemerdekaan terlebih dahulu diberikan serta bimbang tentang isu kemajuan ekonomi dan sosial. Setelah lawatan Tunku Abdul Rahman pada Jun 1961 yang menjelaskan kedudukan penggabungan tersebut akhirnya parti-parti politik Sabah bersetuju untuk menyertai gagasan Malaysia. Dalam pada masa yang sama Sabah dan Sarawak telah buat tuntutan sebagai syarat untuk menyertai Malaysia. Syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan yang bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Perkara 20 tersebut merangkumi Ketua Negeri, Bahasa Kebangsaan, Agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran. Setelah bersetuju dengan syarat tersebut barulah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak akan dilakukan.


Reaksi brunei
Sultan brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia . kebanyakan rakyat brunei pada peringkat awal berminat menyertai gabungan , Cuma mereka lebih hasrat untuk memperoleh kemerdekaan sendiri dahulu sebelum bergabung . Bulan julai 1962 persidangan majlis undangan brunei telah menyatakan persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia namun keputusan muktamad belum diambil. Penetangan yang hebat datang daripada Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M Azahari . parti ini sangat berpengaruh di Brunei . A.M Azahari pada amnya lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara yang melibatkan Brunei,Sabah dan Sarawak yang dipanggil kerajaan Kalimatan Utara . Parti Rakyat Brunei dipercayai Berjaya mempengaruhi penduduk Brunei untuk menentang pembentukan Malaysia . A.M Azahari berpendapat pembentukan Malaysia merupakan cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya di wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya penguasaan ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka , Mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan apabila menyertai gabungan ini .


Reaksi Singapura
Di singapura, amnya semua pihak suka dengan konsep Malaysia dan menyetujui pembentukan sebuah Negara dan kerajaan baru. Lee Kuan Yew dikatakan paling berminat. Bagaimanapun ada pihak-pihak tertentu di singapura berlainan pendapat atau menaruh kesangsian tentang keutuhan Malaysia. Rakyat singapura pada awalnya memberi sokongan penuh tetapi perubahan politik Rakyat singapura pada awal tahun 1961 menukar pendirian sebahagian rakyat singapura. Parti Tindakan Rakyat atau People’s action party (PAP) dan amnya  kerajaan PAP dibawah pimpinan lee kuan yew menerima tentangan daripada parti serpihan PAP , iaitu sebuah parti sosialis United people’s party (UPP) . UPP menentang pembentukan Malaysia kerana rancangan Tunku Abdul Rahman sebagai satu rancangan kerajaan britih mengekalkan pengaruhnya . Keadaan menjadi semakin keruh kerana calon PAP telah dikalahkan oleh Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh dalam satu pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson pada April 1961 . Bagi Tunku dan Lee Kuan Yew peristiwa ini menguatkan lagi itizam mereka kearah pembentukan Malaysia . ini sama sekali bertentangan dengan spekulasi akhbar dan pihak-pihak tertentu . 

Friday

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA


            Idea penubuhan Malaysia bukanlah semata-mata untuk membentuk sebuah negara yang lebih besar. Tungku Abdul Rahman mengambil kira banyak faktor dalam pemilihan wilayah-wilayah yang terbabit. Antara faktor – faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan kaum bumiputera.Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950–an. Ejen – ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu,  Parti Tindakan Rakyat ( People’s Action Party – PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United People’s Party – UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.

Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri – negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhab komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menengtang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
Tunku Abdul Rahman percaya dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum buniputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum – kaum kerana 70% daripada Borneo  Utara ialah bumiputera.

Perkongsian Faedah Ekonomi
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan.  Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia.

Membela masyarakat Bumiputera di sabah dan sarawak
Sabah dan sarawak mengalami sejarah yang sama dengan Tanah melayu. Namun nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di semenanjung Tanah Melayu. Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di Semenanjung Malaysia. Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang. Bagi golongan bumiputera pula, mereka merupakan golongan yang terbiar di tanah air mereka sendiri. Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga masih daif dengan infrastruktur yang masih bergantung kepada sungai dan perjalanan udara serta sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan dalam Persekutuan Malaysia, layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Malahan pembangunan wilayah tersebut akan lebih terjamin atas galakan dari wilayah-wilayah anggota lain.

Perubahan dari segi sosial
Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai kumpulan terbesar.

Ancaman komunis
Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura.
Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:

“While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”

Wednesday

LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MALAYSIA


Pembentukan  Malaysia  mula  tercipta  pada  27  Mei  1961  melalui  ucapan  perdana  menteri  yang  pertama  iaitu  Tunku  Abdul  Rahman  Putra  Al-haj  di  hotel  Adelphi,  Singapura.  Idea  ini  dikemukakan  kerana  Tunku  Abdul  Rahman  ingin  membentuk  satu  penyatuan  perpaduan   dari  segi  ekonomi,  politik  dan  sosial    melibatkan  persekutuan  Tanah  Melayu  dan  kawasan-kawasan  Jajahan  British iaitu :-
·         Brunei
·         Sabah
·         Sarawak
·         Singapura
Idea  ini  dikemukakan  juga  kerana  tanah  melayu  dan  wilayah-wilayah  terbabit  dilihat  sukar  untuk  berdiri  dikaki  sendiri  (berdikari).  Ianya  juga  dilihat  berasingan  dalam  menghadapi  sebarang  persaingan  diperingkat  antarabangsa.  Dengan  cara  ini  juga  kerjasama  antara  penduduk  di  wilayah-wilayah  dapat  dipertingkatkan  dari  segi  politik,  ekonomi  dan  social  sekaligus  demi  menjayakan  pembentukan  gagasan  politik  baru  di  asia  tenggara.  Gagasan  ini  juga  bertujuan  untuk  mengimbangi   jumlah  penduduk,  meningkatkan  kemajuan  ekonomi.
Keseluruhan  daripada  idea  ini  telah  menarik  minat  wartawan-wartawan  yang  hadir  pada  hari  tersebut  dan  menimbulkan  pelbagai  reaksi  positif  dan  negatif  terutama  melibatkan  wilayah-wilayah  yang  terbabit.  Hal  ini  juga  mendapat  liputan di  akhbar-akhbar  dan  membahaskannya.  Kebanyakan  pihak  ada  yang  mengatakan  bahawa  tindakan  Tunku  Abdul  Rahman  sangat  tergesa-gesa  dan  mengejutkan  banyak  pihak.  Walhal,  sebelum  idea  ini  dibentangkan  Tunku  Abdul  Rahman  telah  membuat  beberapa  persidangan  dan  pertemuan  bersama  beberapa  orang  tokoh  dari  wilayah-wilayah  terbabit.
Peristiwa-peristiwa  yang  membuktikan  bahawa  Tunku  Abdul  Rahman  telah  membuat  pertemuan  sebelum  mencadangkan  gagasan  ini  ialah,  pada  bulan  Januari  1961  Tunku  Abdul  Rahman  telah  mengadakan  pertemuan   dengan   Lee   Kuan   Yew  di  singapura.  Manakala  pertemuan  bersama  Senu  Abdul  Rahman   semasa  kunjungan  beliau  ke  Sabah,  Sarawak  dan  Brunei.  Pertemuan  bersama  Harold  MacMilan,  iaitu  perdana  menteri  British  pula  diadakan  di  London  pada  awal  tahun  1961.  Perisitiwa  ini  membuktikan  bahawa  idea  ini  dititikberatkan  dan  berpandangan  jauh.  Pada  abad ke-19,  idea  ini  telah  diutarakan  beberapa  kali  sebelum  kemerdekaan  Tanah  Melayu oleh  Syarikat  Berpiagam  Borneo  Utara,  iatu  Lord  Brassey  yang  mencadangkan  supaya  negeri-negeri  Melayu  dan  Negeri-negeri  Selat  menjadi  sebuah  tanah  jajahan  mereka.  Tetapi  cadangan  itu  ditolak  oleh  pemegang  saham  syarikat  berkenaan.
Idea  penggabungan  semua  wilayah  juga  sekali  lagi  dicadangankan  oleh  Pesuruhjaya  Besar  British,  Malcom  Mac  Donald  pada  tahun  1949-1952  namun  cadangan  ini  tidak  dilaksanakan.  Cadangan  umpama  ini  juga  pernah  dilahirkan  oleh  Mohd.Ghazali  Shafie  pada  tahun  1954  yang  mencadangkan  penubuhan  Komenwal  Asia  Tenggara.
Idea  gabungan  yang  lebih  kecil  yang  melibatkan  Tanah  Melayu  dan  Singapura  juga  pernah  diutarakan  beberapa  kali,  terutama  oleh  ketua  menteri  Singapura.
·         David  Marshall  (ketua  menteri  yang  pertama)
·         Lim  Yew  Hock  (ketua  menteri yang  kedua)
Perdana  Menteri  Singapura  Lee  Kuan  Yew  juga  pernah  mengetengahkan  hasrat  Singapura  untuk  bergabung  dengan  Tanah  Melayu  sebagai  sebuah  wilayah  politik.  Dalam  tempoh  tersebut  cadangan  ini  tidak  mendapat  perhatian  daripada  Perikatan  Tanah  Melayu.

Penggabungan  kecil  yang  melibatkan  Singapura  dan  Tanah  Melayu  tidak  dapat  diterima  oleh  Persekutuan  Tanah  Melayu. Hal  ini  kerana  fenomena  akan  melibatkan  ancaman  politik  di  Tanah  Melayu.  Jumlah  besar  masyarakat  Cina  di  Singapura  boleh  menggugat  majoriti  Melayu  yang  wujud  pada  waktu  itu.  Imbangan  kaum  seumpama  ini  akan  dipandang  sebagai  isu  sensitif  kepada  masyarakat  melayu  kepada  masyarakat  melayu  yang  sebelum   ini  lebih  ramai  dan  mempunyai  suara (hak-hak istimewa).  Hal  ini  juga  dikhuatiri  ideology  komunis  yang  sedang  hangat  menular  di  Singapura  akan  merebak  dengan  mudah  ke  Tanah  Melayu.

Monday

APA ITU PEMBENTUKAN MALAYSIA ?


Pembentukan  Malaysia  adalah  tentang  penubuhan  sebuah  persekutuan  Malaysia  yang  terdiri  daripada  Persekutuan  Tanah  Melayu, singapura,  sabah  dan  Sarawak. Penyatuan  tersebut  bertujuan  untuk  menjamin  perpaduan,  kemakmuran  dan  keselamatan  bersama  terutamanya  daripada  ancaman  komunis. Dalam  proses  pembentukanya, gagasan  ini  menghadapi  pelbagai  rintangan  dari  dalam  dan  luar  negeri.  Langkah – langkah  diambil  bagi  meninjau  pendapat  dan  kehendak  rakyat  terhadap  gagasan  Malaysia. Pada  16 september 1963  Malaysia diistiharkan  setelah  perjanjian  penubuhan  Malaysia ditandatangani.  Walau  bagaimanapun  pada  tahun  1965  Singapura  keluar dari Malaysia .